Thursday, November 20, 2008

sem1


Assalamualaikum dan salam muhibah…………..
Muhammad Nazirul Afiq bin Mohd Nazri. Bukan nama artis tapi nama saya. Saya berasal dari sebuah Bandar kecil iaitu Bandar Gerik, Perak. Saya dilahirkan pada 24 September 1990 dan sekarang umur saya telah lanjut usia 18 tahun. Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Dua lelaki dan dua perempuan. Sekarang, saya sedang menuntut fardhu kifayah di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesion, Perak.
Insyaallah, saya akan menceritakan pengalaman saya di semester 1, Politeknik ultan Azlan Shah. Saya merupakan 10 orang terawal waktu pendaftaran asrama, pada 6.7.2008. Tetapi tiada makna kahadiran awal itu kerana dapat bilik tinggkat atas, blok 4 pulak tu. Sukar bagiku untuk hadir ke Pusat Islam dengan lebih awal. Pada hari pertama, agak susah juga untuk biasakan dengan orang lain termasuklah kawan sebilik. Cakap sikit je,mesti orang ternganga. Mana tak nya, budaya bahasa Gerik masih subur didalam dada. Saat yang orang nanti-nantikan telah tiba. Minggu MSK atau orentasi bermula dengan lancar. Perasaan benci telah pun tiba, AJK-AJK yang kononnya abang tu, mula jijak kepala. Suruh terjun gaung, kami pun terjun. Walaubagaimanapun, ada hikmah disebalik kejadian.

DKA 1C, kelas yang terpaksa saya alami, inyaallah sampai dapat diploma. Maklumlah, rohku menyatakan kos Akaun la masa depan ku. Namun begitu, bertatahkan Pn Nafisah bt. Harun yakni Penasihat Akademik(PA) bagi kelas saya, perasaan minat saya dalam kos ini telah dilahirkan. Satu demi satu pensyarah yang dikenali, sebanyak 10 modul, termasuk Lukisan Kejuruteraan. Senang cerita, semua penyarah baik. Rakan-rakan seperjuanganku yang mempunyai macam-macam ragam, yang berkelulusan jauh beza dariku. Tapi ia tidak mematahkan hatiku untuk terus belajar.

Pn. Mariati bt. Ahmad Zabidi, pensyarah modul Aplikasi Komputer. Beliau lah yang menyebabkan saya menulis cerita ni, sebab salah satu tugasan kumpulan. Kalau tak, kemungkinan saya tak akan menulis cerita ni. Hari demi hari berlalu dengan cepat seperti air sungai yang deras, pelajar kelas semakin bertambah. Dan sekarang keluarga DKA1C sudah mencecah 40 orang tidak termasuk 3 orang sahabat yang telah melangkah keluar dari piliteknik ni. Dan sekarang, ini lah saya yang sentiasa kelihatan tenang, dan sibuk mencari rumah sewa, walaupun peperiksaan akhir hanya tinggal 2 minggu. Sampai sini saja la kot, saya sudahkan menaip dengan seranggkap pantun.

Sorong papan tarik papan;
Akan tetapi jangan lupakan tuhan;
Jika makhluk lemah ini lakukan kesilapan;
Ikut suka kome le nak maafkan;

No comments: