
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam pembukaan.jawab dulu salam ini sebelum meneruskan bacaan anda.Menurut ustaz saya memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib.
Nak dengar cerita tak…Kalau tak nak tak apela,baca sudah.Kalau tak nak jugak tengok jer la.Jangan muncung-muncung pulak baca ni.Cerita ini tak ada dalam mana-mana novel,majalah ataupun surat khabar metro.Jangan pulak cari dalam surat khabar Berita Harian mahupun Harakah.Comfirm tak dapat cari.Cerita ini bukan rekaan semata-mata.Cerita ini adalah benar dan dijamin sahih walaupun tak logic di akal.
Cerita ini bermula setelah seorang pemuda iaitu seorang askar melayu berkahwin dengan seorang gadis di sebuah negeri yang terkenal iaitu Kuala kangsar.Pada 08 haribulan march tahun 1990,hari tak dapat dikenalpasti terdengar ketawa seorang hero.Hero itu adalah aku.Aku diberi nama Muhammad Aizuddin bin Mahmud.Namaku diberi oleh superhero iaitu Mahmud bin Ngah Mohd Yusof dan heroinnya Noorhashimah binti Abdul Wahab.Tahun demi tahun hero dan heroin semakin bertambah dalam keluargaku.Terdapat 3 hero dan 2 heroin dalam adik-beradik superhero diterajui oleh aku atau lebih dikenali sebagai DIN@din tiger oleh rakan-rakanku.
Masa berlalu begitu pantas.Hero itu membesar dengan cepat dan sihat.Setelah tamat pengajian di peringkat SPM,aku bukan nama sebenar telah dijemput oleh bermacam-macam kolej-kolej dan institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar Negara.Aku berasa sangat keliru.Pada satu hari rumahku dikunjungi oleh seorang posmen yang datang membawa berita dan harapan.Masa tu hero tidak ade di rumah kerana ada urusan yang lebih mustahak perlu diselesaikan.Sesampainya aku di rumah aku mendapat satu surat urusan paduka baginda.Dalam surat itu menyatakan bahawa aku perlu berhijrah meninggalkan tempat tinggalku.Aku berasa tawar hati untuk menerima tawaran itu.Aku tidak membalas maklumbalas sama ada aku terima atau tak tawaran itu.Diringkaskan cerita aku telah mendapat hidayah untuk menerima tawaran itu.Aku terpaksa membuat rayuan semula untuk masuk ke tempat itu.Tempat bertuah yang dimaksudkan itu adalah Politeknik Sultan Azlan Shah yang terletak dalam negara yang sama iaitu Perak Darul Ridzuan yanag menjadi tumpuan oleh pelancong-pelancong asing.
Hari yang ditunggu telah tiba.Aku mendaftar juga akhirnya pada 08 haribulan julai setelah berjumpa dengan tauke politeknik iaitu Encik Azizuddin.Sesampainya aku di situ aku melihat ramai jaguh sedang berbaris dengan senjata masing-masing dengan pakaian yang seragam.Aku terpaksa berjuang selama tiga tahun bersama-sama mereka yang ditawarkan misi yang sama iaitu diploma.Aku telah ditempatkan dalam misi Diploma Kejuruteraan Awam.Aku telah diberi tempat perlindungan yang sukar untuk manusia sampai kecuali hero yang tabah macam aku.Blok yang aku duduki adalah blok yang paling ceruk iaitu V2 329.Tiba-tiba seorang hamba allah telah menegurku untuk bersama-sama menyertai program bersama-sama jaguh-jaguh lain.Aku mengambil keputusan untuk bertapa saja dalam kamarku pada masa itu.
Pada malam harinya aku pun turun bersama-sama mereka untuk menyertai Majlis Penutup Minggu Suai Kenal.Walaupun aku tak mengikuti program itu bersama rakan-rakan lain aku tetap membiasakan diri dengan mereka.Maklumlah akukan hero.lagipun kebanyakan hero-hero kat situ ramai yang aku dah kenal.Dah masuk mukasurat dua pulak!!Teruskan sikit lagi.Semasa sesi pembahagian kelas yang dijalankan di dewan kuliah utama,tiba-tiba terdengar namaku dipanggil untuk berdiri.Rupanya baru kusedar bahawa akulah orang terakhir yang mendaftar dalam Diploma Kejuruteraan Awam.Aku ditempatkan disebuah pusat iaitu DKA 1C.Disitulah bermulanya titik-titik perkenalan dengan hero dan heroin yang akan berjuang bersamaku selama tiga tahun ini.Disini jugalah aku mengenali rapat hero-hero seperti Abang Shrek,Ulin,Leleh,Mat Serius(bukan nama sebenar) dan ramai lagi.Pada suatu hari,semasa sesi pembelajaran bermula mahaguru tidak masuk kekelas.Aku cuba mencari bersama-sama beberapa orang hero.Tiba-tiba aku terserempak dengan seorang gadis.Aku memanggilnya cikgu dan bertanyakan dimanakah bilik guru.Beliau menyatakan bahawa disini tiada istilah guru dalam kamus dewan edisi terhad dengan nada yang agak bahaya.Barulah aku mengerti dimana aku berada sekarang.Rupa-rupanya gadis tadi adalah pensyarah aku yang akan mengajar aku modul Aplikasi Komputer B1003 iitu Puan Mariati.Dipendekkan cerita aku mengambil 9 daripada 10 modul yang ditawarkan.Aku mendrop modul Lukisan Kejuruteraan kerana kebolehanku yang tak seberapa.
Kini,kapasiti jaguh-jaguh dalam kelasku bertambah dan berkurang.Akhirnya,tinggalah jaguh-jaguh yang mempunyai semangat yang kobar-kobar iaitu seramai 40 orang.Aku berasa senang dan seronok bekerjasama dengan warga disini yang datang dari pelbagai pelusuk dunia.Terus terang aku katakan yang pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuanganku disini semuanya the best.Best maksudnya seronok menurut kamus bahasa inggeris.Ini bukanlah satu bentuk ampuan tetapi pujiaan.Cukuplah tu.Kalau nak tulis kisah ni boleh buat satu modul.Ini baru semester satu pun tak abis lagi.Akhir kata aku memohon ampun dari ujung rambut sampai ujung kuku kaki atas lisan dan perbuatan yang tak terjaga terutama kepada puan Mariati.
Kecik-kecik belajar berjalan,
Belajar berjalan sambil buat stan,
Kami bukan hantu dan setan,
Kami semua anak watan.
Hati-hati jumpa puan Mariati,
Puan Mariati baik hati,
Janganlah puan ambik hati,
Jasamu kukenang sampai mati.
*NOTIS:- Sesungguhnya manusia selalu melakukan kesilapan.Oleh itu maafkanlahnya.Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. mengampunkan umatnya.
Penaja Utama:-
No comments:
Post a Comment