Thursday, November 20, 2008

pengalaman semester 1 sessi julai 2008


Assalamualaikum kepada Puan Mariati Binti Zabidi dan rakan-rakan semua. Saya Nor Azrin Bin Aripin bernombor pendaftaran 15dka08f1077 ingin bercerita mengenai pengalaman saya menjadi pelajar semester 1 di Politeknik Sultan Azlan Shah. Saya tidak berhajat bercakap panjang kerana masa yang diberikan teramat-amat singkatnya.

Saya ada cerita nak cerita ini. Saya nak mulakan cerita saya ini. Masa hari pendaftaran, semua berjalan dengan lancar. Saya amat puas hati. Saya masuk bilik jumpa kawan baru budak Kedah,jauh tu. Lepas tu mulalah minggu orientasi bagi sesi Julai 2008. Masa tu,memang macam-macam ragam manusia saya jumpa. Ada yang masuk ayo, tinggi, rendah, bulat dan sewaktu dengannya. Saya lalui minggu ini dengan penuh kesabaran lebih daripada menahan lapar dan dahaga. Puan Mariati kata,kami dah macam ‘Ninja Turttles’ bawak beg dalam beg ada payung PSAS. Sabar jela. Kerana memikirkan masa depan, saya terpaksa ikut cakap senior. Seminggu berlalu begitu pantas, sungguh saya tidak menyangka.. Minggu kedua kami masuk kelas, jumpa kawan lama saya. Dia ini masuk ayo sikit namanya Najib… Tapi jadi ketua kelas…hahaha.. Kelas ini bagi saya paling menyeronokkan. Masa belajar, jumpa la kawan baik antaranya Saleh, Najib dan Din (Anak ustaz Abu). Kemana saja kami pergi mesti dalam kumpulan ini, kalau tak mesti rasa pelik. Kadang-kadang pensyarah pun pelik, asyik kami je ikut Najib pergi kemana-mana. Saya kat sini macam terkongkong sikit sebab kakak saya ada kat sini. Setiap pergerakan saya diperhatikan. Ini cerita lain pulak, Masuk kelas Puan Mariati memang seronok. Puan Mariati banyak mengajar saya tentang komputer dan fungsi-fungsinya. TERIMA KASIH PUAN MARIATI. Ini saja cerita saya untuk kali ini. Kalau ada majlis kahwin ke, jemput la saya ni. Akhir sekali disini saya ingin mohon maap kepada semua yang mengenali diri saya ni, terutama rakan-rakan seperjuangan. Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kepada Puan Mariati saya mohon maap andai saya terkasar bahasa atau meninggi suara dengan Puan. Minta maap puan. Kepada kawan-kawan yang selalu saya kutuk, saya minta ampun. Jangan ambil hati. Akhir sekali buat pesanan kawan-kawan, saya berharap sangat-sangat janganlah berhenti belajar setakat di sini saja. Kalau ada rejeki tu, sambung la belajar tu kat mana-mana.. Seelok-eloknya belajo le sampei negara China. Ini saja kuliah saya pada hari ini, terima kasih sekali lagi kepada Puan Mariati dan kawan-kawan. Disini ada serangkap pantun versi Perak untuk semua.

Politeknik Sultan Azlan Shah tempat belajo,

Tempat belajo Melayu, Cina, India dan Jepun,

Bile belajo mesti ade teman terseloro,

Kalau terasa harap di ampun.

Teman - sama maksud dengan saya

Seloro - sama maksud dengan bergurau


No comments: