Thursday, November 20, 2008


Assalamualaikum…………..
Nama saya Mohd Khairul Najib Bin Yahya.Pengalaman saya semasa menjadi pelajar semester satu di Politeknik Sultan Azlan Shah,Behrang amat menyeronokkan.Suka dan duka sentiasa menyelubungi hidup saya.Ditambahkan pula mempunyai kawan yang masuk air.Hari-hari mereka menunjukkan aksi yang luar jangkaan saya.Sehingga saya gelak sampai meleleh air mata.Walaubagaimanapun,pelajaran tetap kami tidak abaikan.
Minggu suaikenal banyak mengajar saya melakukn aktiviti yang pelik.tapi saya terpaksa mengikutinya juga.Dalam minggu tersebut juga,saya mengenali kawan baru.Saya tidak begitu ambil kisah tentang kawan baik yang mahu pun buruk,janji ada kawan.Kawan dan pensyarah bagaikan cermin kepada diri saya.Apabila kita lihat kawan yang elok,kita perbaikilah diri kita supaya lebih elok dari dia.Tapi jika sebaliknya,perlulah kita elak dan member tunjuk ajar yang baik untuk dia.
Hari demi hari,kelas kuliah sentiasa berjalan atas waktu yang telah ditetapkan.Makin hari juga,otak dalam kepala saya penuh dengan ilmu,tetapi tidaklah lengkap kerana kelemahan diri masih ada seperti malas dan lupa.Namun usaha,ikhtiar dan tawakal sentiasa bersama dalam menuju kearah yang di kehendaki.Kerana itulah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan sebagai bekalan di Akhirat kelak.Alhamdulillah juga,saya didampingi kawan dan pensyarah yang sporting.Tambahan pula, saya ini adalah ketua kuliah.Tanpa kerjasama mereka semua,perkara yang dirancang pasti tidak menjadi.
Sepanjang semester ini,saya duduk dalam asrama yang selesa tapi boring.Standart remaja la kan….Namun kita patut bersyukur kerana Akhlak kita dalam asrama dapat dibataskan.Selain itu,saya dapat menjimatkan kos perbelanjaan,tambahan pula,hidup saya yang dalam serba sederhana.Apalah yang akan jadi,jika saya mudah terpengaruh ini duduk di rumah sewa….
Assignment,ujian serta kuiz menyerikan hidup saya di politeknik ini untuk melengkapi markah P.B.Namun begitu, demi ibubapa saya akan usahakan juga.Selain itu,saya pernah mengikuti Kem Kepimpinan.Kem ini,mengajar saya bagaimana untuk memimpin.Kita pimpin diri kita kejalan yang lurus sebelum kita memimpin keluarga dan masyarakat.Dari segi sukan,saya tidak begitu aktif berbanding di sekolah dulu.
Sebelum saya undur diri,saya ingin berkongsi tentang hadis tersebut,
“Secerdik-cerdik manusia dalam sesuatu bidang,namun manusia yang paling cerdik ialah manusia yang sentiasa mengingati hari kematian”
Ingatlah,sambil kita mengejar dunia,akhlak,ibadah serta ingatan kita kepada Allah janganlah luput.Kerana dunia adalah tempat persinggahan kita dan penentu arah akhirat.
Makan ayam rumah kenduri,
Tercekik tulang dihujung halkum,
Minta izin undur diri,Assalamualaikum………..

No comments: