Friday, November 21, 2008


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam pembukaan.jawab dulu salam ini sebelum meneruskan bacaan anda.Menurut ustaz saya memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib.
Nak dengar cerita tak…Kalau tak nak tak apela,baca sudah.Kalau tak nak jugak tengok jer la.Jangan muncung-muncung pulak baca ni.Cerita ini tak ada dalam mana-mana novel,majalah ataupun surat khabar metro.Jangan pulak cari dalam surat khabar Berita Harian mahupun Harakah.Comfirm tak dapat cari.Cerita ini bukan rekaan semata-mata.Cerita ini adalah benar dan dijamin sahih walaupun tak logic di akal.
Cerita ini bermula setelah seorang pemuda iaitu seorang askar melayu berkahwin dengan seorang gadis di sebuah negeri yang terkenal iaitu Kuala kangsar.Pada 08 haribulan march tahun 1990,hari tak dapat dikenalpasti terdengar ketawa seorang hero.Hero itu adalah aku.Aku diberi nama Muhammad Aizuddin bin Mahmud.Namaku diberi oleh superhero iaitu Mahmud bin Ngah Mohd Yusof dan heroinnya Noorhashimah binti Abdul Wahab.Tahun demi tahun hero dan heroin semakin bertambah dalam keluargaku.Terdapat 3 hero dan 2 heroin dalam adik-beradik superhero diterajui oleh aku atau lebih dikenali sebagai DIN@din tiger oleh rakan-rakanku.
Masa berlalu begitu pantas.Hero itu membesar dengan cepat dan sihat.Setelah tamat pengajian di peringkat SPM,aku bukan nama sebenar telah dijemput oleh bermacam-macam kolej-kolej dan institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar Negara.Aku berasa sangat keliru.Pada satu hari rumahku dikunjungi oleh seorang posmen yang datang membawa berita dan harapan.Masa tu hero tidak ade di rumah kerana ada urusan yang lebih mustahak perlu diselesaikan.Sesampainya aku di rumah aku mendapat satu surat urusan paduka baginda.Dalam surat itu menyatakan bahawa aku perlu berhijrah meninggalkan tempat tinggalku.Aku berasa tawar hati untuk menerima tawaran itu.Aku tidak membalas maklumbalas sama ada aku terima atau tak tawaran itu.Diringkaskan cerita aku telah mendapat hidayah untuk menerima tawaran itu.Aku terpaksa membuat rayuan semula untuk masuk ke tempat itu.Tempat bertuah yang dimaksudkan itu adalah Politeknik Sultan Azlan Shah yang terletak dalam negara yang sama iaitu Perak Darul Ridzuan yanag menjadi tumpuan oleh pelancong-pelancong asing.
Hari yang ditunggu telah tiba.Aku mendaftar juga akhirnya pada 08 haribulan julai setelah berjumpa dengan tauke politeknik iaitu Encik Azizuddin.Sesampainya aku di situ aku melihat ramai jaguh sedang berbaris dengan senjata masing-masing dengan pakaian yang seragam.Aku terpaksa berjuang selama tiga tahun bersama-sama mereka yang ditawarkan misi yang sama iaitu diploma.Aku telah ditempatkan dalam misi Diploma Kejuruteraan Awam.Aku telah diberi tempat perlindungan yang sukar untuk manusia sampai kecuali hero yang tabah macam aku.Blok yang aku duduki adalah blok yang paling ceruk iaitu V2 329.Tiba-tiba seorang hamba allah telah menegurku untuk bersama-sama menyertai program bersama-sama jaguh-jaguh lain.Aku mengambil keputusan untuk bertapa saja dalam kamarku pada masa itu.
Pada malam harinya aku pun turun bersama-sama mereka untuk menyertai Majlis Penutup Minggu Suai Kenal.Walaupun aku tak mengikuti program itu bersama rakan-rakan lain aku tetap membiasakan diri dengan mereka.Maklumlah akukan hero.lagipun kebanyakan hero-hero kat situ ramai yang aku dah kenal.Dah masuk mukasurat dua pulak!!Teruskan sikit lagi.Semasa sesi pembahagian kelas yang dijalankan di dewan kuliah utama,tiba-tiba terdengar namaku dipanggil untuk berdiri.Rupanya baru kusedar bahawa akulah orang terakhir yang mendaftar dalam Diploma Kejuruteraan Awam.Aku ditempatkan disebuah pusat iaitu DKA 1C.Disitulah bermulanya titik-titik perkenalan dengan hero dan heroin yang akan berjuang bersamaku selama tiga tahun ini.Disini jugalah aku mengenali rapat hero-hero seperti Abang Shrek,Ulin,Leleh,Mat Serius(bukan nama sebenar) dan ramai lagi.Pada suatu hari,semasa sesi pembelajaran bermula mahaguru tidak masuk kekelas.Aku cuba mencari bersama-sama beberapa orang hero.Tiba-tiba aku terserempak dengan seorang gadis.Aku memanggilnya cikgu dan bertanyakan dimanakah bilik guru.Beliau menyatakan bahawa disini tiada istilah guru dalam kamus dewan edisi terhad dengan nada yang agak bahaya.Barulah aku mengerti dimana aku berada sekarang.Rupa-rupanya gadis tadi adalah pensyarah aku yang akan mengajar aku modul Aplikasi Komputer B1003 iitu Puan Mariati.Dipendekkan cerita aku mengambil 9 daripada 10 modul yang ditawarkan.Aku mendrop modul Lukisan Kejuruteraan kerana kebolehanku yang tak seberapa.
Kini,kapasiti jaguh-jaguh dalam kelasku bertambah dan berkurang.Akhirnya,tinggalah jaguh-jaguh yang mempunyai semangat yang kobar-kobar iaitu seramai 40 orang.Aku berasa senang dan seronok bekerjasama dengan warga disini yang datang dari pelbagai pelusuk dunia.Terus terang aku katakan yang pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuanganku disini semuanya the best.Best maksudnya seronok menurut kamus bahasa inggeris.Ini bukanlah satu bentuk ampuan tetapi pujiaan.Cukuplah tu.Kalau nak tulis kisah ni boleh buat satu modul.Ini baru semester satu pun tak abis lagi.Akhir kata aku memohon ampun dari ujung rambut sampai ujung kuku kaki atas lisan dan perbuatan yang tak terjaga terutama kepada puan Mariati.
Kecik-kecik belajar berjalan,
Belajar berjalan sambil buat stan,
Kami bukan hantu dan setan,
Kami semua anak watan.

Hati-hati jumpa puan Mariati,
Puan Mariati baik hati,
Janganlah puan ambik hati,
Jasamu kukenang sampai mati.
*NOTIS:- Sesungguhnya manusia selalu melakukan kesilapan.Oleh itu maafkanlahnya.Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. mengampunkan umatnya.
Penaja Utama:-

Thursday, November 20, 2008

inilah ceritaku di sem satu


Assalamualaikum….
Mula-mula saya nak perkenalkan diri. Nama saya Ahmad Saleh bin Yailan. Saya berasa dari Kg. chuar Hilir, Kuala Kangsar Perak. Orang Kuala la latakan. Saya mempunyai keluarga yang agak besar . saya mempunyai 5 orang abang dan 5 orang kakak. Ayah saya bernama Yailan Bin Osman dan emak Saya pula bernama Jamiah binti Razali. Cukuplah seba sedikit tentang latar belakang saya.
Di sini saya nak menceritakan tentang pengalaman saya semasa saya berada di semester satu di ini. Pada tarikh 06 Julai 2008 bersamaan hari ahad, secara rasminya saya telah mendaftarkan diri sebagai penghuni blok V4 222. Pada mulanya perasaan saya agak bercampur aduk, tidak tahu kenapa. Peralatan di dalam bilik hostel pada mula semuanya agak baik. Antara kemudahan yang terdapat di asrama ini ialah Pusat Islam, cafeteria, koperasi, cyber cafe, dan lain-lain lagi. Cukuplah sahaja tentang asrama.
Kemudian saya nak menceritakan pula tentang akademik di sini. Saya telah ditawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Awam. Oleh sebab saya lambat mendaftarkan diri saya terpaksa akur memasuki kelas DKA 1C dan memegang kad matrik 15DKA08F1083. Pada hari pertama saya memasuki kelas , saya berkenalan dengan ramai kawan baru yang berasal dari kawasan dan daerah yang berlainan seperti Gerik, Selama, Ipoh, Teluk Intan, Taiping, Bagan Serai, dan juga negeri yang berlainan iaitu Selangor Darul Ehsan dan Pulau Pinang. Pada mulanya kelas DKA 1C mempunyaihanya mempunyai pelajar seramai 26 orang iaitu 20 orang lelaki dan hanya 6 orang perempuan. Namun selepas beberapa minggu bilangan pelajar DKA 1C bertambah agak mendadak kerana kemasukan pelajar ‘2nd intake’ pada 25 ogos 2008 dan menjadikan bilangan pelajar DKA 1C seramai 43 orang. Namun tidak lama selepas itu, seorang demi seorang pelajar mengundurkan diri dari PSAS dan tinggallah 40 orang. Kini pelajar DKA 1C mempunyai 23 orang lelaki dan 17 orang perempuan.
Selain itu, saya mahu menceritakan pula modul yang saya pelajari. Secara ringkasnya terdapat 10 modul iaitu Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik, Ukur Kejuruteraan, Polibridged, Pendidikan Islam, Teknologi Konkrit, dan Bahan Binaan Kejuruteraan. Pensyarah-pensyarah yang mengajar saya ialah Pn. Norhayati, Pn. Khamisah, Pn. Nafisah, Cik Anizah, En. Abu Hashim,En. Shahrizal, dan juga En. Arman. Antara banyak-banyak modul yang saya pelajari, modul Aplikasi Komputer menjadi modul kegemaran saya . modul ini di ajar oleh Pn. Mariati bt Ahamad Zabidi. Modul ini menjadi kegemaran saya kerana pada sebelum ini, saya buta IT. Selepas mempelajari ilmu ini, saya lebih memahami tentang komputer. Sehingga kehari ini saya masih memanfaatkan ilmu ini sehingga terhasillah blog ini. Sebelum saya mengundurkan diri, saya memohon maaf kesilapan kata atau terkasar bahasa.

haku di sem 1


Assalamualaikum
Aku seorang insan yang bernama Muhammad Alif B. Muhammad mokhtar. Aku berumur 19tahun pada 2008. Aku berasal dari Ipoh(epoh mali tarak sombong).aku masih lagi bujang buat ketika ini. Aku mempunyai 5 orang adik-beradik, 3 lelaki & 2 perempuan.nama hero keluarga ialah Muhammad Mokhtar b. rasidi, nama heroin kepada hero keluarga aku ialah Rusniah Bt. Hassan. Aku anak yang ke-3. Ibu bapa aku sekarang sedang bertugas di Sabah. Hanya tinggal aku,abang dan kakak aku sahaja yang berada di semenanjung. Nak thu lagi tentang latar belakang aku? Cukuplah sampai di sini…
Kembali pada tujuan asal, aku nak cerita sikit pengalaman aku masa bergelar penuntut sem 1 di Politeknik Sultan Azlan Shah. “saya nak habaq tau pengalaman saya masa kad sana”. Ishh… cakap utara plak. 25 ogos 2008, aku mendaftarkan diri sebagai penuntut di PSAS. Masuk kelas saje, aku perkenalkan diri dekat depan budak-budak kelas. Niat aku nak perkenalkan diri kat budak-budak perempuan yang cantik je.. Lepas tu mulalah sesi pembelajaran aku. Aku nak habaq mai ni, pensyarah-pensyarah aku memang sempoi habis,aku pun seronok belajar. Tiada rasa tertekan,tapi takda la sampai pijak kepala pensyarah.belajar tetep belajar. Yang paling seronok masa belajar aku rasa waktu belajar B1003 (Aplikasi Komputer). Pensyarah yang ajar aku namanya Puan Mariati Bt. Ahmad Zabidi. Dia ajar dari aku tak tau apa-apa fungsi computer (buta IT la) sampai la aku tahu sikit-sikit tentang computer. Sebelum ni aku tau main game je… budak-budak kelas aku pun sempoi habis juga,tapi kamospital Slim River. Aku pergi naik bas,aku tak rasa macam pergi melawat orang sakit,tapi macam nak pergi beraya pulak..di pendekkan cerita, sampai je kat hospital habis semua jururawat kena kacau dengan kawan-kawan aku. Tersipu-sipu jururawat yang kena kacau tu..
Ni nai kamsis macam hidup p dk cerita entang kamsis pula. Boleh di katakan hidup bujang. Peralatan dan kemudahannya memang mencukupi, suasananya pula tenang. Tidak menganggu waktu untuk belajar. Aktiviti-aktiviti memang banyak yang telah di atur.tak bosanlah tinggal di kamsis,Cuma terlalu banyak pengunguman. kadang-kadang nak tidur pun tak boleh.
Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang nak di ceritakan, tetapi kalau nak cerita pun dekat 2 hari tak habis lagi. Tak lama lagi aku akan menghadapi Final Exam, aku nak mintak maaf pada kawan-kawan dan pensyarah jika ada aku buat kesalahan. Doakan kejayaan aku. Segala jasa pensyarah tidak akan aku lupakan. Tanpa pensyarah siapalah Alif Mokhtar. Sampai di sini sahaja cerita aku. Terimalah serangkap pantun yang ikhlas dari aku:
Makan nasi berulamkan rebung,
Janganlah makan sambil berlari,
Selagi ada nafas di hidung,
Kita jumpa di lain hari.
Assalamualaikum..

sem1


Assalamualaikum dan salam muhibah…………..
Muhammad Nazirul Afiq bin Mohd Nazri. Bukan nama artis tapi nama saya. Saya berasal dari sebuah Bandar kecil iaitu Bandar Gerik, Perak. Saya dilahirkan pada 24 September 1990 dan sekarang umur saya telah lanjut usia 18 tahun. Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Dua lelaki dan dua perempuan. Sekarang, saya sedang menuntut fardhu kifayah di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesion, Perak.
Insyaallah, saya akan menceritakan pengalaman saya di semester 1, Politeknik ultan Azlan Shah. Saya merupakan 10 orang terawal waktu pendaftaran asrama, pada 6.7.2008. Tetapi tiada makna kahadiran awal itu kerana dapat bilik tinggkat atas, blok 4 pulak tu. Sukar bagiku untuk hadir ke Pusat Islam dengan lebih awal. Pada hari pertama, agak susah juga untuk biasakan dengan orang lain termasuklah kawan sebilik. Cakap sikit je,mesti orang ternganga. Mana tak nya, budaya bahasa Gerik masih subur didalam dada. Saat yang orang nanti-nantikan telah tiba. Minggu MSK atau orentasi bermula dengan lancar. Perasaan benci telah pun tiba, AJK-AJK yang kononnya abang tu, mula jijak kepala. Suruh terjun gaung, kami pun terjun. Walaubagaimanapun, ada hikmah disebalik kejadian.

DKA 1C, kelas yang terpaksa saya alami, inyaallah sampai dapat diploma. Maklumlah, rohku menyatakan kos Akaun la masa depan ku. Namun begitu, bertatahkan Pn Nafisah bt. Harun yakni Penasihat Akademik(PA) bagi kelas saya, perasaan minat saya dalam kos ini telah dilahirkan. Satu demi satu pensyarah yang dikenali, sebanyak 10 modul, termasuk Lukisan Kejuruteraan. Senang cerita, semua penyarah baik. Rakan-rakan seperjuanganku yang mempunyai macam-macam ragam, yang berkelulusan jauh beza dariku. Tapi ia tidak mematahkan hatiku untuk terus belajar.

Pn. Mariati bt. Ahmad Zabidi, pensyarah modul Aplikasi Komputer. Beliau lah yang menyebabkan saya menulis cerita ni, sebab salah satu tugasan kumpulan. Kalau tak, kemungkinan saya tak akan menulis cerita ni. Hari demi hari berlalu dengan cepat seperti air sungai yang deras, pelajar kelas semakin bertambah. Dan sekarang keluarga DKA1C sudah mencecah 40 orang tidak termasuk 3 orang sahabat yang telah melangkah keluar dari piliteknik ni. Dan sekarang, ini lah saya yang sentiasa kelihatan tenang, dan sibuk mencari rumah sewa, walaupun peperiksaan akhir hanya tinggal 2 minggu. Sampai sini saja la kot, saya sudahkan menaip dengan seranggkap pantun.

Sorong papan tarik papan;
Akan tetapi jangan lupakan tuhan;
Jika makhluk lemah ini lakukan kesilapan;
Ikut suka kome le nak maafkan;

Assalamualaikum…………..
Nama saya Mohd Khairul Najib Bin Yahya.Pengalaman saya semasa menjadi pelajar semester satu di Politeknik Sultan Azlan Shah,Behrang amat menyeronokkan.Suka dan duka sentiasa menyelubungi hidup saya.Ditambahkan pula mempunyai kawan yang masuk air.Hari-hari mereka menunjukkan aksi yang luar jangkaan saya.Sehingga saya gelak sampai meleleh air mata.Walaubagaimanapun,pelajaran tetap kami tidak abaikan.
Minggu suaikenal banyak mengajar saya melakukn aktiviti yang pelik.tapi saya terpaksa mengikutinya juga.Dalam minggu tersebut juga,saya mengenali kawan baru.Saya tidak begitu ambil kisah tentang kawan baik yang mahu pun buruk,janji ada kawan.Kawan dan pensyarah bagaikan cermin kepada diri saya.Apabila kita lihat kawan yang elok,kita perbaikilah diri kita supaya lebih elok dari dia.Tapi jika sebaliknya,perlulah kita elak dan member tunjuk ajar yang baik untuk dia.
Hari demi hari,kelas kuliah sentiasa berjalan atas waktu yang telah ditetapkan.Makin hari juga,otak dalam kepala saya penuh dengan ilmu,tetapi tidaklah lengkap kerana kelemahan diri masih ada seperti malas dan lupa.Namun usaha,ikhtiar dan tawakal sentiasa bersama dalam menuju kearah yang di kehendaki.Kerana itulah tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini dan sebagai bekalan di Akhirat kelak.Alhamdulillah juga,saya didampingi kawan dan pensyarah yang sporting.Tambahan pula, saya ini adalah ketua kuliah.Tanpa kerjasama mereka semua,perkara yang dirancang pasti tidak menjadi.
Sepanjang semester ini,saya duduk dalam asrama yang selesa tapi boring.Standart remaja la kan….Namun kita patut bersyukur kerana Akhlak kita dalam asrama dapat dibataskan.Selain itu,saya dapat menjimatkan kos perbelanjaan,tambahan pula,hidup saya yang dalam serba sederhana.Apalah yang akan jadi,jika saya mudah terpengaruh ini duduk di rumah sewa….
Assignment,ujian serta kuiz menyerikan hidup saya di politeknik ini untuk melengkapi markah P.B.Namun begitu, demi ibubapa saya akan usahakan juga.Selain itu,saya pernah mengikuti Kem Kepimpinan.Kem ini,mengajar saya bagaimana untuk memimpin.Kita pimpin diri kita kejalan yang lurus sebelum kita memimpin keluarga dan masyarakat.Dari segi sukan,saya tidak begitu aktif berbanding di sekolah dulu.
Sebelum saya undur diri,saya ingin berkongsi tentang hadis tersebut,
“Secerdik-cerdik manusia dalam sesuatu bidang,namun manusia yang paling cerdik ialah manusia yang sentiasa mengingati hari kematian”
Ingatlah,sambil kita mengejar dunia,akhlak,ibadah serta ingatan kita kepada Allah janganlah luput.Kerana dunia adalah tempat persinggahan kita dan penentu arah akhirat.
Makan ayam rumah kenduri,
Tercekik tulang dihujung halkum,
Minta izin undur diri,Assalamualaikum………..

pengalaman semester 1 sessi julai 2008


Assalamualaikum kepada Puan Mariati Binti Zabidi dan rakan-rakan semua. Saya Nor Azrin Bin Aripin bernombor pendaftaran 15dka08f1077 ingin bercerita mengenai pengalaman saya menjadi pelajar semester 1 di Politeknik Sultan Azlan Shah. Saya tidak berhajat bercakap panjang kerana masa yang diberikan teramat-amat singkatnya.

Saya ada cerita nak cerita ini. Saya nak mulakan cerita saya ini. Masa hari pendaftaran, semua berjalan dengan lancar. Saya amat puas hati. Saya masuk bilik jumpa kawan baru budak Kedah,jauh tu. Lepas tu mulalah minggu orientasi bagi sesi Julai 2008. Masa tu,memang macam-macam ragam manusia saya jumpa. Ada yang masuk ayo, tinggi, rendah, bulat dan sewaktu dengannya. Saya lalui minggu ini dengan penuh kesabaran lebih daripada menahan lapar dan dahaga. Puan Mariati kata,kami dah macam ‘Ninja Turttles’ bawak beg dalam beg ada payung PSAS. Sabar jela. Kerana memikirkan masa depan, saya terpaksa ikut cakap senior. Seminggu berlalu begitu pantas, sungguh saya tidak menyangka.. Minggu kedua kami masuk kelas, jumpa kawan lama saya. Dia ini masuk ayo sikit namanya Najib… Tapi jadi ketua kelas…hahaha.. Kelas ini bagi saya paling menyeronokkan. Masa belajar, jumpa la kawan baik antaranya Saleh, Najib dan Din (Anak ustaz Abu). Kemana saja kami pergi mesti dalam kumpulan ini, kalau tak mesti rasa pelik. Kadang-kadang pensyarah pun pelik, asyik kami je ikut Najib pergi kemana-mana. Saya kat sini macam terkongkong sikit sebab kakak saya ada kat sini. Setiap pergerakan saya diperhatikan. Ini cerita lain pulak, Masuk kelas Puan Mariati memang seronok. Puan Mariati banyak mengajar saya tentang komputer dan fungsi-fungsinya. TERIMA KASIH PUAN MARIATI. Ini saja cerita saya untuk kali ini. Kalau ada majlis kahwin ke, jemput la saya ni. Akhir sekali disini saya ingin mohon maap kepada semua yang mengenali diri saya ni, terutama rakan-rakan seperjuangan. Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kepada Puan Mariati saya mohon maap andai saya terkasar bahasa atau meninggi suara dengan Puan. Minta maap puan. Kepada kawan-kawan yang selalu saya kutuk, saya minta ampun. Jangan ambil hati. Akhir sekali buat pesanan kawan-kawan, saya berharap sangat-sangat janganlah berhenti belajar setakat di sini saja. Kalau ada rejeki tu, sambung la belajar tu kat mana-mana.. Seelok-eloknya belajo le sampei negara China. Ini saja kuliah saya pada hari ini, terima kasih sekali lagi kepada Puan Mariati dan kawan-kawan. Disini ada serangkap pantun versi Perak untuk semua.

Politeknik Sultan Azlan Shah tempat belajo,

Tempat belajo Melayu, Cina, India dan Jepun,

Bile belajo mesti ade teman terseloro,

Kalau terasa harap di ampun.

Teman - sama maksud dengan saya

Seloro - sama maksud dengan bergurau