Assalamualaikum….
Mula-mula saya nak perkenalkan diri. Nama saya Ahmad Saleh bin Yailan. Saya berasa dari Kg. chuar Hilir, Kuala Kangsar Perak. Orang Kuala la latakan. Saya mempunyai keluarga yang agak besar . saya mempunyai 5 orang abang dan 5 orang kakak. Ayah saya bernama Yailan Bin Osman dan emak Saya pula bernama Jamiah binti Razali. Cukuplah seba sedikit tentang latar belakang saya.
Di sini saya nak menceritakan tentang pengalaman saya semasa saya berada di semester satu di ini. Pada tarikh 06 Julai 2008 bersamaan hari ahad, secara rasminya saya telah mendaftarkan diri sebagai penghuni blok V4 222. Pada mulanya perasaan saya agak bercampur aduk, tidak tahu kenapa. Peralatan di dalam bilik hostel pada mula semuanya agak baik. Antara kemudahan yang terdapat di asrama ini ialah Pusat Islam, cafeteria, koperasi, cyber cafe, dan lain-lain lagi. Cukuplah sahaja tentang asrama.
Kemudian saya nak menceritakan pula tentang akademik di sini. Saya telah ditawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Awam. Oleh sebab saya lambat mendaftarkan diri saya terpaksa akur memasuki kelas DKA 1C dan memegang kad matrik 15DKA08F1083. Pada hari pertama saya memasuki kelas , saya berkenalan dengan ramai kawan baru yang berasal dari kawasan dan daerah yang berlainan seperti Gerik, Selama, Ipoh, Teluk Intan, Taiping, Bagan Serai, dan juga negeri yang berlainan iaitu Selangor Darul Ehsan dan Pulau Pinang. Pada mulanya kelas DKA 1C mempunyaihanya mempunyai pelajar seramai 26 orang iaitu 20 orang lelaki dan hanya 6 orang perempuan. Namun selepas beberapa minggu bilangan pelajar DKA 1C bertambah agak mendadak kerana kemasukan pelajar ‘2nd intake’ pada 25 ogos 2008 dan menjadikan bilangan pelajar DKA 1C seramai 43 orang. Namun tidak lama selepas itu, seorang demi seorang pelajar mengundurkan diri dari PSAS dan tinggallah 40 orang. Kini pelajar DKA 1C mempunyai 23 orang lelaki dan 17 orang perempuan.
Selain itu, saya mahu menceritakan pula modul yang saya pelajari. Secara ringkasnya terdapat 10 modul iaitu Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik, Ukur Kejuruteraan, Polibridged, Pendidikan Islam, Teknologi Konkrit, dan Bahan Binaan Kejuruteraan. Pensyarah-pensyarah yang mengajar saya ialah Pn. Norhayati, Pn. Khamisah, Pn. Nafisah, Cik Anizah, En. Abu Hashim,En. Shahrizal, dan juga En. Arman. Antara banyak-banyak modul yang saya pelajari, modul Aplikasi Komputer menjadi modul kegemaran saya . modul ini di ajar oleh Pn. Mariati bt Ahamad Zabidi. Modul ini menjadi kegemaran saya kerana pada sebelum ini, saya buta IT. Selepas mempelajari ilmu ini, saya lebih memahami tentang komputer. Sehingga kehari ini saya masih memanfaatkan ilmu ini sehingga terhasillah blog ini. Sebelum saya mengundurkan diri, saya memohon maaf kesilapan kata atau terkasar bahasa.
No comments:
Post a Comment